MOHAMAD B. ABD KARIM

MOHAMAD B. ABD KARIM

Sabtu, 10 Oktober 2009

Satu Kajian: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

TAJUK: APAKAH PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA EPISOD PERTARUNGAN DIANTARA HANGTUAH DAN HANG JEBAT( HANG KASTURI). KAITKAN PERBINCANGAN ANDA DENGAN KONSEP PERJANJIAN ATAU WAADAT DIANTARA SANG SAPURBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN.
OLEH: MOHAMAD B.ABDUL KARIM
SEKOLAH PENDIDIKAN SAINS SOSIAL UMS
Waadat antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.
“ Jikalau anak patik Tuanku peristeri,necaya kedallah ia;tetapi jikalau Tuanku mahu berwaadat dengan patik,maka patik persembahkan anak patik kebawah Duli Yang Dipertuan.” Maka titah sang Sapurba,” Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Dengan permulaan dua dialog diatas,bermulalah satu ikatan perjanjian yang melahirkan konsep bersultan dan berhamba dalam masyarakat Melayu beraja. Khususnya konsep pemimpin dan pengikut dalam pengertian pemerintahan pada zaman ini.

Demang Lebar Daun memberi syarat untuk mempersembahkan anaknya sebagai isteri Sang Sapurba bahawa;”Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku.dan jika ia berdosa,sebesar-besar dosanya pun,janganlah difadhilatkan( dinista, dicela, dikeji)
dengan kata-kata yang jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh itupun jikalau berlaku pada hukum syarak.

Sang sapurba memberikan balas syaratnya;Akan pinta bapa itu hamba kabulkan,tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba”,..hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun. Demang Lebar Daun masih mahu memperkuatkan janji pada pihaknya dengan berkata,….Tetapi jukalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahnya. Sang Sapurba memberikan persetujuannya.

Sekiranya diperhalusi perjanjian ini,nyatalah ia mengikat kedua belah pihak,khususnya pihak Demang Lebar Daun ( hamba rakyat) kelonggaran untuk melakukan apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan,iaitu durhaka,sekiranya pihak Sang Sapurba (raja/pemerintah)yang tidak mengikuti semangat perjanjian itu.

Demang Lebar Daun dan anak cucunya sedia mengikut titah raja dan memperhambakan diri (memberi khidmat) kepada raja,tetapi sekiranya ia membuat kesalahan,sebesar kesalahan,tidak harus diberi malu; dan kalau besar salahnya,boleh dihukum bunuh,itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak. Jelas permintaan Demang Lebar Daun supaya raja berlaku adil kepada hamba rakyat dan menghormati hamba rakyat dan dosa yang besar boleh dihukum bunuh iaitu suatu hukuman yang tertinggi.

Pihak Sang Sapurba meminta pula agar hamba rakyat tidak derhaka kepada raja,iaitu mengikut dan patuh kepada titah raja, walaupun pekerjaan raja itu zalim dan jahat. Syarat ini mengikat terus hamba rakyat daripada melakukan kesalahan dan menentang raja walaupun raja itu zalim dan jahat. Akan tetapi dengan pintarnya Demang Lebar Daun melonggarkan ikatan yang dikehendaki oleh Sang Sapurba itu dengan berkata”…Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkannya, maka anak cucu patik pun mengubahkannya.

Syarat balas Demang Lebar Daun itu amat luas maksudnya dan dapat melepaskan ikatan Sang Sapurba supaya hamba rakyat tidak durhaka kepada raja dengan bersyarat raja tidak melakukan kezaliman keatas rakyatnya. Zalim perbuatan dan zalim sikap serta kata-kata. Nyata disini, pihak hamba rakyat akan mengubah janji sekiranya raja lebih dahulu mengubah dan melanggar akan waadat itu. Seterusnya tiada pihak yang melanggar akan waadat itu, sama-sama akan menerima hukuman dan akibatnya sekiranya salah satu pihak mengubahkan akan perjanjian itu, maka dibalikkan Allah bumbungnya kebawah,kaki tiangnya keatas. Maka segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah tidak pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya jikalau jahat pekerti sekali pun serta aniaya. Dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka, memang banyak contoh perlanggaran perjanjian itu dan jelas akibatnya tertimpa kepada negeri.

PERLANGGARAN PERJANJIAN ( WAADAT)
Didalam Hikayat Hang Tuah,ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah..Pertarungan yang telah terjadi didalam istana sultan setelah Hang Jebat menawan istana sultan kerana memprotes tindakan sultan membunuh sahabatnya Hang Tuah. Ini telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan ketidak adilan sultan yang tanpa usul periksa telah memerintahkan bendahara agar membunuh Hang Tuah yang telah difitnah bermukah dengan dayang-dayang sultan. Kezaliman sultan Mahmud terhadap Hang Tuah. Akibatnya, Hang Jebat bangun memberontak terhadap sultan.

Namun demikian, Hang Jebat juga telah melanggar perjanjian itu. Sesungguhnya sejauhmana pun kezaliman sultan, Hang Jebat ( rakyat ) tidak seharusnya memberontak sehingga mencemar istana raja. Ini sangat mengaibkan kerana sultan adalah raja yang berdaulat.

Dalam zaman kesultanan Melaka, memang banyak contoh perlanggaran perjanjian itu dan jelas akibatnya tertimpa kepada negeri. Sultan Mahmud juga jelas banyak melakukan aniaya kezaliman kepada pembesarnya dan akibatnya Melaka akhirnya alah oleh feringgi.
Inilah akibat yang paling buruk daripada kesalahan-kesalahan yang amat besar dilakukan oleh sultan.

Konsep tidak mahu derhaka kepada raja jelas dipegang kuat oleh Bendahara Paduka Raja bila menegah anak buahnya melawan Raja Ahmad yang membunuh anak Bendahara sendiri bila bola sepak raga terkena ke dastar Raja Ahmad.
Bendahara seri Maharaja ( Tun Tahir Mutahir) juga rela mati dibunuh oleh sultan Mahmud Syah kerana perintah dan titah sultan tidak boleh dilalui.

NILAI MORAL YANG TERDAPAT DIEPISOD PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT ( HANG KASTURI).

Tindakan yang diambil oleh Hang Jebat itu ibarat menconteng arang kemuka sultan dan
walaupun niatnya untuk menegakkan keadilan tetapi telah melakukan penderhakaan besar. Kerana perintah dan segala arahan sultan ibarat daulat yang dijunjung oleh setiap rakyat dan rakyat perlu patuh pada perintah itu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kuasa sultan adalah mutlak pada masa itu. Semua kata-kata atau perintah yang dikeluarkan oleh sultan harus dituruti tanpa sebarang bangkangan daripada rakyat.

Disini saya juga ingin menyentuh sedikit hal yang berkaitan tentang persahabatan. Persahabatan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat amat mengagumkan. Nilai persahabatan amat mengharukan. Nilai keakraban tidak dapat dipertahankan untuk selamanya sehingga berlakunya pertarungan hidup mati. Persahabatan yang begitu kukuh telah hancur oleh ideologi masing-masing. Hang Tuah menganggap Hang Jebat adalah pesalah dan hukuman mati yang dititahkan sultan kepada Hang Jebat telah diterimanya.
Kematian ditangan sahabat sendiri mungkin memberi kesan kepada Hang Jebat kerana keadilan yang dituntutnya untuk sahabat dibalas dengan pertarungan untuk membunuhnya.

Dalam petikan ini juga menunjukkan ketaatan kepada raja (sultan ). Ini dapat dilihat apabila Hang Tuah diperintah untuk membunuh Hang Jebat. Jiwa Hang Tuah pada masa itu hanya ada ketaatan kepada sultan, Baginya perintah sultan adalah segala-galanya dan harus dituruti dan dilaksanakan seperti yang disuruh. Konsep tidak mahu derhaka kepada sultan dipegang kuat oleh Hang Tuah. Konsep derhaka ini juga dapat dilihat bahawa setiap orang yang derhaka akan menerima kesan dan akibat yang amat buruk. Derhaka kepada raja akan membawa kepada kemusnahan. Ini kerana raja mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan. Penderhakaan yang telah dibuat oleh Hang Jebat bukan sahaja mengundang kematian kepada dirinya, tetapi kesemua ahli keluarganya juga turut terlibat dan dikenakan hukuman mati.

Kedudukan sultan yang amat dipandang mulia oleh masyarakat terdahulu memang tidak boleh dipertikaikan. Segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan sultan akan memperolehi hukuman daripada sultan. Rakyat dibawah titah baginda harus menghormati sultan dan kedudukan sultan adalah mulia.

Tindakan yang sia-sia walaupun penderhakaan yang dibuat oleh Hang Jebat itu adalah untuk menegak keadilan tetapi beliau tetap bersalah dan sultan adalah betul. Cerita dalam hikayat Hang Tuah ini adalah hirarki kedudukan sultan adalah tinggi dan dihormati. Kedudukan sultan terus dipandang mulia sehingga hari ini dan rakyat seharusnya tidak melakukan perkara yamg mendatang kesalahan yang boleh mendatangkan kemurkaan dari sultan.

Dengan bijaknya pengarang Sejarah Melayu tidak menyebut akibat atau alamatnya atau tanda-tanda sekiranya ada anak Melayu yang derhaka atau yang memaling mukanya pada raja, ditegaskan negara akan binasa sekiranya raja membuat nista dan tidak adil pada hamba rakyat.

Senarai Rujukan:

1.A.Samad Said(2006)“Edisi Pelajar,Sulalatus Salatin( Sejarah Melayu)”.UM.Kuala Lumpur.

2.Badriyah Haji Salleh( 1996)”Alam Pensejarahan:Dari PelbagaiPerspektif” Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Ismail Ahmad,( 1990) ” Ulasan Sejarah Melayu “ Penerbit Fajar Bakti.

4.Rogayah A.Hamid ( 2006 )“Kesultanan Melayu“ Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan