MOHAMAD B. ABD KARIM

MOHAMAD B. ABD KARIM

Rabu, 25 November 2009

Teori Evolusi Charles Darwin Adalah Teori Evolusi Songsang

PENGENALAN
LATAR BELAKANG CHARLES DARWIN
Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah.Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam .
Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya.Beliau seorang yang sabar dan tekun.Sifat-sifat inilah yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia sains.
Di Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya .Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England pada tahun 1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.
Masyarakat di kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000 tahun sebelum zaman Kristian.Masa tersebut terlalu singkat untuk proses evolusi boleh berlaku dan menghasilkan beranika ragam hidupan.


TEORI EVOLUSI
Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia.Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel.
Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikkan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
Kekalahan Darwinisme berhadapan dengan sains dapat dikaji berdasarkan tiga asas utama; Teori ini gagal menjelaskan bagaimana hidupan dapat muncul pertama kalinya; Tidak ada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan bahawa “ mekanisme evolusi “ yang didakwa oleh teori ini, dapat memberikan sebarang kesan evolusi; Rekod-rekod fosil telah menunjukkan gambaran yang berlawanan dengan jangkaan teori ini.

ASAS HIPOTESIS DARWIN
Hipotesis evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai dengan perubahan.Bukti-bukti yang diutarakan oleh Darwin adalah seperti berikut menurut keutamaannya.
Bukti-Bukti Utama ialah :
Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian.
Dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi tabii.
Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru.
Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.

BUKTI-BUKTI SAMPINGAN
a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat –peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara organisma –organisma yang jelas berbeza pada peringkat dewasa.
b) Kebolehan untuk menjenis organisma-organisma dalam kelas-kelas tertentu menurut ke turunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan.
c] Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang .Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.

VARIASI DIVERSIFIKASI DAN DIFERENSIASI
Di dalam sesuatu spesis terdapat banyak variasi yang selalu disebut sebagai diversifikasi .Takrif istilah "spesis" sebagaimana lazim digunakan ialah organisma-organisma yang meliputi suatu populasi .Satu dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang lebih sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana atau dengan erti yang lain evolusi mencari penjelasan mengenai terjadinya jenis-jenis baru.Masalahnya ialah diversifikasi dan variasi-variasi yang lazim diutarakan untuk menyokong hipotesis evolusi adalah perubahan-perubahan yang terdapat dalam lingkungan sesuatu spesis iaitu dalam bidang mendatar,sedangkan evolusi merupakan perubahan yang melompat dari satu jenis ke satu jenis di tingkat yang lebih tinggi iaitu dalam bidang menegak.
Evolusi mikro adalah berkenaan perubahan-perubahan dan variasi-variasi yang terdapat dalm sesuatu organisma dan boleh dilihat secara eksperimen.Perubahan-perubahan tersebut adalah kecil dan terbatas dalam lingkungan sesutu spesis sahaja.Contohnya ,dari satu jenis lalat buah-buahan yang bernama Dropsophila melanogaster dan berbagai macam variasi boleh diperolehi secara eksperimen,tetapi variasi-variasi tersebut tetap termasuk dalam keluarga Drosophila dan tidak melintas batasnya sehingga terjelma suatu jenis yang baru.Teori evolusi juga mengutarakan bahawa bentuk leher zirafah itu sebagai satu contoh seleksi tabii.Hipotesisnya ialah ,leher zirafah itu menjadi panjang sedikit demi sedkit.Sekalipun hipotesisnya ini benar,zirafah itu masih mendatar iaitu kita masih belum melihat penjelmaan spesis yang baru tetapi hanya mendapat bentuk-bentuk variasi dan diferisiasi dikalangan keluarga zirafah.
Sebaliknya ,evolusi makro memperlihatkan perubahan secara besar-besaran yang dikatakan pernah terjadi dalam sejarah kehidupan.Perubahan-perubahan yang besar itulah yang disangka menyebabkan terjelmanya sesuatu spesis yang baru.Masalahnya ialah perubahan itu tidak dapat dilihat melalui metod-metod eksperimen tetapi hanya sebagai hipotesis atau andaian sahaja.

MUTASI DAN AKIBATNYA
Penganut Teori evolusi menyarankan bahawa daya penggerak dalam perkembangan evolusi ialah proses mutasi.Mutasi adalah satu perubahan yang terjadi dengan mendadak dan ada yang boleh diwariskan kepada keturunanya tetapi keturunan itu pada kebiasaannya tidak boleh menyesuaikan diri dengan keaadaan sekitar.Umpamanya kebanyakkan variasi-variasi tumbuhan pertanian dan haiwan ternakan adalah akibat mutasi,tetapi bentuk seperti itu selalunya dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini adalah oleh kerana mutasi pada lazimnya tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan sekitarnya.Ianya tidak membawa perubahan yang beransur iaitu sedikit demi sedikit bagi sesuatu anggota tetapi berhenti dan terbatas sebagaimana sifat itu dilihat pada mulanya.Ini adalah bertentangan dengan kepercayaan Darwin bahawa evolusi itu adalah sutu proses yang beransur membawa perubahan kepada sesuatu sifat yang berguna sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang hingga terjelma spesis yang baru.
Sungguhpun demikian pada akhir-akhir ini para ahli sains telah berjaya membuktikan bahawa ada beberapa mutasi yang berguna dan yang tidak berubah secara mendadak boleh berlaku khasnya diperingkat mikro organisma.Contohnya,kultur bakteria colon (Escherichia Coli) yang diserang oleh bakteria fages didapati beberapa strain rintangan bakteria itu,akibatnya mutasi yang boleh mempertahankan diri dari pembinasaan oleh bakteriofages.Strain rintangan itu terjelma secara mutasi dengan kadar satu dalam 50 juta generasi-generasi sel,tidak kira samada diserang oleh bakteriofages atau tidak.Oleh kerana itu paraahli sains menyarankan bahawa mutasi yang berguna kepada seleksi tabii untuk perkembangan evolusi,ialah mutasi yang tidak menunjukkan perubahan mendadak .

REKOD-REKOD FOSIL
Untuk membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku kenyataan dari sejarah adalah diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari fosil-fosil.Rekod-rekod fosil tidak menunjukkan siri-siri fosil yang berturutan dimana terdapat perubahan yang beransur dari bentuk yang mudah ke bentuk yang kompleks.Challinor seorang ahli geologi yang terkenal dalan bukunya "Darwin’s Biological Work" (1959) mengakui bahawa rekod-rekod fosil hanya menyokong sebahagian evolusi tetapi rekod tersebut juga menyokong ciptaan secara bersendirian dan bebas.Seterusnya beliau menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan evolusi telah berlaku.
Untuk mempertahankan teori-teorinya, beliau telah mengemukakan satu jenis haiwan dari fosil bernama Archeopteryx, walaubagaimanapun setelah diselidiki ,para ahli sains berpendapat bahawa haiwan itu tidak berupa rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi tetap termasuk dalam jenis burung. Nenek moyang dan keturunannya tidak diketahui. Ada pula yang menyarankan bahawa rantai perhubungan antara amfibia dan reptilia ialah Seymouria.

DALIL SAMPINGAN
EMBRIOLOGI
Antara dalil-dalil sampingan yang penting yang diutarakan ialah persamaan yang dapat dillihat pada taraf kandungan hingga perubahan sudah mulai terbentuk sebelum organisma itu lahir. Pada suatu peringkat kandungan ,embrio manusia hampir serupa dengan embrio haiwan seperti ikan atau monyet. Umpamanya pada peringkat itu manusia mempunyai ekor yang kecil dan tertentu.Oleh itu, Huxley dan rakan-rakannya berpendapat bahawa manusia pada suatu masa yang lampau telah melalui peringkat berekor dalam evolusinya.Tetapi ini adalah suatu sangkaan sahaja dan tidak sama sekali memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.

PENJENISAN MENGIKUT KETURUNAN DAN PERSAMAAN
Menurut Darwin ,Sistem klasifikasi tabii yang benar perlu mengikut geonologi iaitu menurut aliran keturunan dari bentuk yang kurang sempurna, oleh itu sistem klafikasi Tabii telah dianggap sebagai suatu bukti yang menyokong evolusi .tetapi berasas kepada teori Darwin,evolusi sebenarnya tidak dipandu oleh sebarang kudrat tetapi adalah akibat seleksi tabii dan bergerak atas variasi kecil secara kebetulan .Proses tersebut berlaku tanpa sebarang pengecualian bagi semua haiwan dan tumbuhan. Jika ini benar kita tidak berharap mendapat kan sedikit sahaja pelan bentuk asas yang sama tetapi inilah yang didapati. dunia haiwan boleh dibahagikan kepada sepuluh kumpulan filum-filum utama mengikut bentuk. Bagi keseluruhan Taksonomi ,dari susunan yang telah dibuat kelihatan teratur sebab adanya perbezaan jelas dan mendadak. Tiap-tiap filum terpisah dengan sesuatu kekosongan iaitu tidak ada bentuk peralihan .
Darwin cuba menjelaskan masalah ini dengan mengatakan bahawa organisma yang berupa rantai perhubungan tidak stabil dan dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini bermakna bahawa bentuk-bentuk yang ada sekarang bukannya rantai perhubungan tetapi bentuk pengkhususan yang tidak akan berubah lagi.
Pada lazimnya didapati teori evolusi mengambarkan perhubungan antara suatu jenis haiwan dengan yang lain serta pokok keturunannya.Gambaran yang diutarakan itu boleh menimbulkan beberapa masalah pokok. Menurut teori evolusi tiap-tiap jenis haiwan itu adalah dalam proses evolusi keperingkat yang lebih sempurna. Oleh kerana itu bentuk haiwan serta manusia yang ada pada masa ini adalah dalam bentuk peralihan dan akan berubah ke bentuk yang lebih sempurna.

ANGGOTA YANG TIDAK BERKEMBANG
Ada beberapa organ yang dikatakan tidak berkembang boleh didapati pada beberapa jenis haiwan khususnya tulang pangkal paha yang tidak berkembang pada ikan paus. Huxley dan rakan-rakan telah berpendapat bahawa ini adalah satu bukti untuk menyokong teori evolusi tetapi seorang ahli biologi yang menentang pendapat ini mengutarakan tiga sebab adanya anggota tidak berkembang itu iaitu :
Anggota-anggota tersebut diturunkan secara semulajadi. Anggota tersebut memainkan peranan penting dalam proses membesar.
Kita tidak ada bukti bahawa dari nenek moyangnya di mana anggota-anggota itu berkembang dengan sempurna
c) Jika anggota itu wujud sekarang ini tidak bermaksud bahawa anggota itu telah wujud pada masa yang lampau kerana musabab yang sedang berlaku boleh menghasilkan anggota itu.
Antara misalan-misalan lain untuk menyokong teori evolusi yang diutarakan oleh pengikutnya ialah anggota-anggota yang dikatakan tidak berkembang serta mempunyai fungsi yang sama seperti kelenjar susu(mammary gland) dan usus buntu (appendix) manusia.

KESIMPULAN
Keseluruhannya melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa dia tidak pernah mengenal teori mutasi yang memungkinkan adanya perubahan mengejut pada keturunan.
Beliau hanya percaya hanya alam sekitar sahaja yang boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah.
Dari sifat analogi haiwan dan tumbuhan Darwin juga yakin bahawa organisma hidup itu berasal dari satu moyang .Ini telah diperkuatkan oleh penemuan beliau sendiri bahawa haiwan berasal dari proses yang serupa dan mempunyai keserupaan bentuk.
Teori evolusi yang dikembangkan Darwin adalah bercanggah dengan sains evolusi sebenarnya, kerana fakta yang diketengahkan Darwin tidak releven sebagaimana fakta hasil penemuan selepas itu.

BIBLIOGRAFI
Sulaiman Haji Nordin & Suzanah Abdullah. 1978. TEORI EVOLUSI Suatu fakta Atau Asas Ideologi. Akademi Sains Islam Malaysia.

R.E Soeriaatmadja ,1973 .Makna Evolusi Bagi Manusia .Jabatan Sains Hayat UKM.

Sulaiman Haji Nordin,1997 .Sejarah Pemikiran ; Sumber Ilmu ,Perbandingan Ideologi Dan ‘Order Baru Dunia’. Pusat Pengajian Umum UKM.

Marston Bates,Manusia Dengan Alamnya,Dewan Bahasa Dan Pustaka ,1979.
Charles Darwin ,Richard E.Leakey,Origin Of Species.

Ahad, 18 Oktober 2009

Sejarah British Di Tanah Melayu

Dasar Pecah Dan Perintah British Disebabkan Oleh Kehendak Bitish Dan Tidak Didorong Oleh Kaum-kaum Tanah Melayu.

Mohamad B.Abdul Karim UMS.

Pengenalan
Zaman kolonialisme British adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan dan penindasan bagi golongan yang dijajah melalui konsep kebebasannya.
Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial British semata-mata manakala bagi masyarakat setempat pula, ianya terus berada pada takuk lama.
British mula menjajah Tanah Melayu pada tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah. Selepas itu British terus meluaskan kuasa serta pengaruhnya di Kepulauan Melayu dan mereka juga menerokai serta mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu.

SEJARAH KEWUJUDAN TANAH MELAYU.

Bagi orang Cina, mereka telah pun datang ke Tanah Melayu sejak abad ke15 lagi melalui urusan perdagangan terutama di Melaka. Menjelang awal abad ke 19, penghijrahan orang Cina semakin bertambah dan faktor penghijrahan ini adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor penolakan iaitu keadaan politik dan sosial negara Cina serta faktor penarikan iaitu peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan mereka di negara ini.
Orang India pula mulai datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka menamai Tanah Melayu sebagai “Suvarnabumi “ atau Tanah Emas. Namun begitu, mereka hanya berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada penghujung abad
ke 19 akibat perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu ( Muhd.Amin Hassan,1996).

DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH

Pengasingan Penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kagiatan ekonomi iaitu kaum Cina tinggal dikawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India pula diletakkan dikawasan perladangan aktiviti pertanian yang terletak diluar bandar. Hanya golongan Elit Melayu sahaja yang diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British ( Ruslan Zainuddin, 2000).
Hal ini juga telah menimbulkan pengasingan agama iaitu Orang Melayu beragama Islam. Orang Cina menganut agama Budha dan Kristian manakala kaum India beagama Hindu. Kebanyakan penduduk bumuputera Sabah dan Sarawak pula adalah beragama Kristian dan Islam.
Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai rumpun etnik yang berbeza.



POLITIK

Setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa Raja dan Sultan telah terjejas dan menjadi terhad. Raja atau Sultan hanya boleh mnyentuh hal-hal mengenai adat istiadat Melayu dan hal-hal keagamaan sahaja ( Kassim Thukiman,2002)
Bagi orang Cina dan India, mereka tidak terlalu memikirkan kedaan politik yang berlaku di Tanah Melayu kerana apa yang dipentingkan oleh mereka adalah kegiatan ekonomi mereka. Inggeris telah berjaya mentadbir dengan lancar melalui dasar pecah dan perintah kerana tiada lagi gangguan secara langsung daripada sultan dan pembesar tempatan. British telah menjadikan orang Melayu terus hidup ditakuk lama iaitu berkhidmat dan taat setia kepada Sultan serta pembesar.
Dasar pecah dan perintah adalah kehendak British kerana mereka telah berjaya mengurangkan kuasa pembesar tempatan selain tidak melibatkan campurtangan daripada pembesar Melayu dalam politik. Penglibatan masyarakat setempat iaitu kaum Melayu didalam bidang politik adalah terhad kepada jawatan rendah. Bagi kaum Cina dan India, mereka tidak terlibat secara langsung terhadap politik Tanah Melayu dan ini memudahkan pentadbiran Inggeris mengikut kaum-kaum tersebut.

EKONOMI

Dasar ekonomi British melalui dasar pecah dan perintah telah mengasingkan setiap kaum mengikut aktiviti ekonomi yang tersendiri. Masyarakat tradisional melayu telah pun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi saradiri sebelum kedatangan pihak British lagi.
Apabila berlaku perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersial diperkenalkan dan masyarakat Melayu kekal mengusahakan kegiatan ekonomi sara diri. Melalui dasar ini, orang Melayu tetap ditempatkan dikediaman asal iaitu perkampungan atau luar bandar.
Alasan mereka menempatkan orang melayu diluarbandar adalah kukuh dan mereka telah berjaya menjadikan bangsa Melayu terus mundur dan mewarisi kemiskinan keluarga
( A.Azmi Khalid,1996).
Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah domonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya. Sejak pertengahan abad yang ke 18 sehingga akhir abad tersebut hampir seluruh perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina. Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksprot. Ini telah mendorong pelabur-pelabur asing datang ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi yang lebih sistematik.
Perkembangan perusahaan getah dan galakan daripada kerajaan British merupakan faktor penarikan yang menarik oran India ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang wujud dalam sektor ini kepada orang India adalah disebabkan oleh keengganan orang Melayu untuk bekrja diladang getah. Selain itu, dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu.



British telah mengasingkan setiap kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India kepada penempatan dan corak ekonomi masing-masing. Melalui pengasingan ini, pihak British mudah untuk mengawal dan menghapuskan perpaduan semua kaum. Pecahan kaum ini juga akan memudahkan kerja mereka mengeksploitasikan hasil bumi Tanah Melayu melalui penarapan budaya dan cintakan negara asal mereka. Contohnya, orang Cina yang tidak langsung memikirkan keuntungan kepada Tanah Melayu sebaliknya mereka diterapkan dengan nilai dan budaya negara asal mereka iaitu tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa Cina ( Victor Purcell,1985).
Dasar pecah dan perintah yang diterapkan oleh pihak British sengaja dibuat kerana pihak British hanya mahu menjaga kepentingan ekonomi mereka dan memudahkan lagi kerja mereka mengaut keuntungan diTanah Melayu melalui perah tenaga ketiga-tiga kaum ini.

SOSIAL

Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar dari segi sosial seperti pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman, kewujudan kawasan serta pembukaan bandar-bandar baru. Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke19 dan tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan lombong ke pelabuhan-pelabuhan disepanjang pantai. Namun begitu, perubahan ini tidak mendapat dikecapi oleh semua kaum yang ada di Tanah Melayu terutama kaum Melayu dan Bumiputera Sabah., Sarawak.
Hal ini kerana perubahan sosial banyak berlaku dibandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Larut dan Jesselton atau Kota Kinabalu.

PENDIDIKAN

Kerajaan British mengamalkan dasar ‘laiserz-faire’ dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing, Kesannya telah mewujudkan empat sistem persekolahan yang berbeza dinegara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dikalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan.
Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina. Sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India dan sekolah Inggeris pula diurus oleh mubaligh-mubaligh kristian. Matlamat utama sistem pendidikan British ialah semata-mata untuk memberikan pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian daripada mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintahan Inggeris tidak menganggap pendidikan sebagai satu pelaburan yang menguntungkan sebaliknya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat tempatan bagi mencapai tujuan eksploitasi mereka sahaja.



Objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Inggeris, Arab, dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum ( Zulhilmi Paidi & Rohani A.Ghani,2003 )

a) Pendidikan Melayu.
Pendidikan Melayu menekankan pengajaran ai-Quran dan pengetahuan asas membaca,menulis dan mengira. Pendidikan Melayu adalah hanya diperingkat rendah sahaja dan bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi serta ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki Sekolah Menengah Inggeris dibandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke19 dan awal ke20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal didesa, mewarisi kemiskinan keluarga. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dikalangan masyarakat Melayu. Pada awal abad ke20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhjadap Pendidikan Menngah Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammer School pada tahun 1905.

b) Pendidikan Arab dan Agama.
Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran al-Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang dunia pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul dimerata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama dinegeri Kelantan, Kedah, Terenganu dan Pulau Pinang.

c) Pendidikan Cina.
Selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa, masyarakat Cina bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal ke19. Kurikulumnya berorientasikan negara Cina dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari negara China. Pada tahun 1920an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu, pentadbiran Inggeris mula memperkenalkan satu undang-undang pada tahun 1920 iaitu mewujudkan Enekmen Pendaftaran Sekolah dengan tujuan untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.

d)Pendidikan Tamil.
Sekolah-sekolah Tamil didirikan diladang-ladang getah yang sebahagian besar menempatkan kaum keturunan India. Pihak kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah-sekolah Tamil yang didirikan diladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini tidak berkepentingan dan bersifat ‘cul-de-suc’iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal diladang getah dan menjadi buruh kasar. Selepas itu, Mubaligh Kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil.
Kurikulum disekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India termasuk guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari India.

e) Pendidikan Inggeris
Pendidikan aliran Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Fee School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh-mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris dan kebanyakan sekolah ini ditubuhkan dikawasan-kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Britsh. Kurikulumnya bercorak Kurikulum grammer school of Great Britain dengan tujuan melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907. Kesan daripada pengasingan pendidikan telah mewujudkan empat sistem persekolahan yang berbeza. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

Matlamat utama sistem pendidikan British ialah semata-mata untum memberi pendidikan kepada golongan rakyat tertentu bagi membolehkan sebahagiamn daripada mereka memenuhi keperluan tenaga kerja dan menjana ekonomi. Pengasingan sistem pendidikan juga jelas menunjukkan bahawa dasar pecah dan perintah adalah strategi British untuk mengeksploitasikan kekayaan Tanah Melayu.

PENILAIAN

Dasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan kaedah ‘divide and rule ‘ atau pecah dan perintah telah menimbulkan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakat Malaysia. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai rumpun etnik yang berbeza. Tindakan penjajah yang mengasingkan kaum mengikut bidang ekonomi dan persekitaran tempat tinggal, telah menimbulkan kecurigaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain. Tindakan penjajah yang mengasingkan kaum mengikut bidang ekonomi dan persekitaran tempat tinggal, telah menimbulkan kecurigaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh itu, secara keseluruhannya berdasarkan fakta telah jelas bahawa dasar pecah dan perintah British adalah kehendak British sendiri dan bukannya didorong oleh kemahuan kaum-kaum utama di Tanah Melayu. British lebih cendurung menggalakkan setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan sistem pendidikan tradisional dari negara asal mereka.
Manakala bidang ekonomi pula, British sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengekalkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajah. Inggeris. Juga mengekalkan penduduk peribumi dikampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas.

Isnin, 12 Oktober 2009

KONSEP HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA

KONSEP HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA SECARA UMUM
MOHAMAD B.ABDUL KARIM
SEKOLAH PENDIDIKAN SAINS SOSIAL Universiti Malaysia Sabah.

PENGENALAN
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020.

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseim bangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha kearah memupuk perpaduan nasional oleh kerajaan masakini. Kerajaan telah mewujudkan seperti; penubuhan Jabatan Perpaduan Negara kini Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional ( JPNIN ). Pengenalan Rukun Negara iaitu satu ideologi kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Gabungan Parti-Parti Politik ( Barisan Nasional ), Integrasi antara wilayah ( bandar denga luar bandar ) dan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha kerajaan berbentuk top - down sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk bottom – up menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik termasuk parti pembangkang. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas menengah dan golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan.
Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK.

Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.

Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama ( common social will ) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya; masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.

Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkahlaku yang telah menjadi kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga, institusi pilitik, institusi agama, institusi pelajaran dan sebagainya.
Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman antara kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobaliti sosial jarang sekali berlaku.

Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentyrik apabila mereka menilai kebudayn lain berdasrkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada dan biasanya yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan diantara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat. Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti, dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan semesta ( world view ). Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Manusia itu sendiri yang membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi merupakan pemisah dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya, kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selam-lamnya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka saling bergantung antara satu sama lain.
Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadan harmoni dengan penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelsaikan maalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan diantara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubung dengan penyerapan sehala individu atau kelompok kedalam kelompok yang lain. Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Formula: A+B+C = A.
A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan
diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi. Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya besar.
Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses asimilasi yang mnyebabkan nama, bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan.

Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai diantara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contohnya, di Malaysia kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KESIMPULANNYA
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah.

Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Multimedia Dalam Pendidikan

Telekomunikasi dalam Pendidikan:
Pembelajaran Melalui Web dan Sistem Telesidang.
Oleh: Mohamad B.Abdul Karim

Pengenalan:
Setiap kemudahan telekomunikasi mempunyai keistimewaan yang
tersendiri dan sekiranya digunakan dengan sebaik mungkin serta
disulami dengan kreativiti, satu proses pendidikan yang menarik,
berkesan serta menghiburkan dapat dihasilkan.
1)Pembelajaran Melalui Web Sepintas Lalu.
2) Sistem Telesidang dalam Pendidikan.

Pembelajaran Melalui Web Sepintas Lalu.
Penggunaan halaman web dalam pendidikan:
Pendidik menyampaikan dan menerbitkan bahan
pengajaran secara talian terus.
Memberikan sumber maklumat tanpa sempadan kepada pendidik.

Peranan Internet:
Sebagai penyampai maklumat
Alat pengajaran dan pembelajaran
Ciri pembelajaran melalui web:
- Faktor ruang dan sempadan yang tiada batasan.
- Kawalan pengguna yang tinggi.
- Sumber maklumat yang tidak terhingga.
- Persekitaran pembelajaran yang bercirikan dunia sebenar.
- Menjadikannya persekitaran pembelajaran yang mantap dan berkesan.
- Interaktiviti yang tinggi
- Kepentingan utama pembelajaran melalui web adalah program pendidikan jarak jauh.

Definisi Pembelajaran melalui Web.
Pembelajaran melalui web merupakan suatu medium penghantaran
maklumat yang terdiri daripada pelbagai jenis maklumat dan tajuk.
Segala maklumat yang terdapat dalam web disusun berdasarkan
pautan nod melalui sistem rangkaian dalam mempersembahkan
pengetahuan.

Model-model persekitaran pembelajaran melalui web.
1.Model oleh Duchastel (1997an).
Model pembelajaran berasaskan web bagi pengajaran diuniversiti.
Beberapa ciri penting:
a.mengenalpasti matlamat pengajaran
(peranan pelajar terlibat dalam proses pembinaan pengetahuan.)
b) Menerima kepelbagaian hasil pembelajaran
c) Menghasilkan produk pengetahuan
d) Menilai aras tugas
e) Membina kumpulan pembelajaran
f) Menggalakkan komuniti secara global

2.Model oleh Reeves & Reeves (1997).
10 unsur pentng dalam model:
a) Falsafah Pedagogi
b) Teori Pembelajaran
c) Orientasikan matlamat
d) Orientasikan Tugas
e) Sumber Motivasi
f) Peranan Guru
g) Sokongan Metakognitif
h) Strategi pembelajaran kolaborasi
i) Kesesuaian Budaya
j) Struktur yang fleksibel

Penggunaan web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri menjadikan web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran:
1) penglibatan aktif pelajar.
-Pelajar melakukan pembelajaran kendiri.
-kaedah pembelajaran jelas.
-matlamat, pembelajaran penyelesaian masalah dan kumpulan.
-guru sebagai fasilitator.
-konteks pembelajaran melibatkan masalah sebenar.
-penilaian pembelajaran menilai kemahiran sebenar.
-pembelajaran secara kooperatif.
Bostock (1997),cara menghasilkan pelajar yang aktif menggunakan web:
-bahan pengajaran disimpan dalam komputer
-penghantaran tugasan melalui mel elektronik
-galakan pelajar secara kooperaktif dan kolabrasi
Newsgroup diguna dalam sesi perbincangan pelajar membina peta konsep.
2) pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkumpulan.
3) interaktif
- interaksi antara pelajar dengan pelajar,pelajar dengan guru
sumber maklumat proses interktiviti dibahagikan kepada tiga:

Kawalan pengguna
Memberi kawalan pembelajaran kepada pelajar bagi mereka menentukan
keperluan pembelajaran mereka.
Pelajar bebas menentukan susunan pembelajaran dan kuantiti kandungan isi pelajaran.
Contoh aplikasi teknologi yang menyokong kawalan pengguna iaitu:
a)perisian multimedia.
b)simulasi berasaskan komputer.
c) alat bantuan pengajaran seperti perisian pemprosesan perkataan,telekomunikasi dan pangkalan data.
d)aplikasi pengajaran yang dibangunkan menggunakan teknologi hypermedia
dan hiperteks.
e)dokumen secara talian terus.
-perisian hypermedia memberikan pelajar peluang belajar secara penerokaan dan
inkuiri.
-dapat membimbing pelajar lebih bertanggungjawab dan inisiatif.

Komunikasi antara pelajar (CMC)

- komunikasi di antara suatu kawasan berbeza yang dipisahkan oleh ruang dan masa
dan dihubungkan dengan rangkaian computer.- suatu singkatan bagi kepelbagaian
sistem yang membenarkan individu berkomunikasi dengan individu lain melalui
komputer dan sistem rangkaian.
Contoh: sistem persidangan video, mel elektronik, perbincangan (discussion list),
dan papan buletin.
Tiga ciri penting dalam CMC:
= komunikasi interaktif yang tinggi
= komunikasi pelbagai hala
= komunikasi secara serentak (synchronous) dan tidak serentak (asynchronous)
Penggunaan CMC dalam pengajaran dan pembelajaran

- Penggunaan CMC memberikan kesan yang positif kepada pelajar dan interaksi
interpersonal dalam pembelajaran.
Pelajar dapat berinteraksi dengan pensyarah atau guru.
Pelajar seronok menggunakan kemudahan persidangan yang disediakan.
Sistem persidangan maya dan mel elektronik memberikan kemudahan
kepada pelajar untuk berkomunikasi dan memberi maklumbalas antara satu
sama lain pada sebarang situasi.
Penggunaan teknologi web sesuai dilaksanakan dalam pendidikan jarak jauh.
- Meningkat prestasi pembelajaran yang tinggi.
2) Sistem Telesidang dalam Pendidikan
a) Telesidang Video
Kombinasi audio dan media berbentuk visual.
Kualiti dan kelajuan penghantaran data dipengaruhi oleh kadar Bandwidth.
Mengambilkira perkara berikut :
(a) Bilangan pelajar
(b) Jenis penggunaannya – sebagai demonstrasi / kuliah
(c) Pencahayaan bilik
Jenis – jenis penggunaan telesidang video :
(1) Virtual atau Candid Classroom
(2) Studio – Produced Videoconferences
(3) Point-to-point or multi-site

Kelebihan Penggunaan Telesidang Video:
-Pertemuan secara visual (Visual contact.)
-Penggunaan yang mudah.
-Mendekatkan dua destinasi, menjimatkan kos dan masa perjalanan.
-Berkongsi pengetahuan.
-Perhubungan antara institusi atau organisasi ditingkatkan.
Kelemahan Penggunaan Telesidang Video:

Kos yang tinggi
Masa persediaan yang lebih
Tenaga yang lebih
Daya penumpuan yang tinggi secara serentak
Pengekalan daya tumpuan ke atas kuliah akan berkurangan
Kurang interaktiviti

b)Telesidang Komputer ( Computer Conferencing
- Proses penggunaan sistem komputer yang mempunyai ciri telekomunikasi
- Melibatkan penggunaan perisian yang direka khas
- Mel elektronik , papan buletin , Newsgroup , Listserv

Jenis penggunaannya ialah :
- Saluran penghantaran dan perkongsian maklumat
- Media sampingan
- Media penyampaian maklumat yang utama

Pusat Sumber Sekolah

PUSAT SUMBER SEKOLAH
OLEH: MOHAMAD B.ABDUL KARIM
Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan . Ia membolehkan semua pihak dalam organisasi sekolah dapat mencapai matlamat dan kurikulumnya.
Kasim Abas(1989) mendefinisikan PSS sebagai:
“Pusat sumber sekolah adalah pusat yang mengumpulkan /menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik atau bangunan khas yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terpilih untuk memberi pelbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.”
Konsep Pusat Sumber Sekolah
PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Di sinilah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan. Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum.
Matlamat dan Dasar
Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik.
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan P&P supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and Talk’ sahaja.
Menggalakkan tabiat pembelajaran kendiri, membaca, ingin tahu atau bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di PSS.
Membantu guru-guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran pembelajaran.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain.
Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan serta menggunakan peralatan.
Objektif
Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dalam hal pengurusan PSS.
Penyediaan ‘blue print’ PSS dengan teliti dan lengkap untuk satu jangka masa yang panjang mengenai penglibatan semua guru matapelajaran dalam meningkatkan penggunaan sumber pendidikan sekolah.
Mewujudkan satu iklim atau suasana sekolah yang baik di mana penggunaan sumber-sumber pendidikan menjadi satu amalan biasa di kalangan guru.
Penambahan bahan cetak dan bukan cetak dari sekolah dengan cara membina , membeli dan meninjau.
Peranan dan Fungsi Pusat Sumber Sekolah
Sebagai agen berpusat untuk mendapatkan, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan pengajaran yang diperlukan oleh murid-murid dan guru-guru.
Sebagai pusat di mana bahan-bahan dapat digunakan secara individu dan berkumpulan.
Merupakan suatu bank di mana bahan pengajaran dapat dipilih untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
Merupakan pusat perhubungan antara sekolah dan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan, Filem Negara Malaysia dan perpustakaan Universiti.
Membolehkan guru dan murid mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah dan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
Memberi panduan kepada guru-guru dan murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.
Menjalankan tugas untuk menilai dari masa ke semasa bahan yang diperolehi.
Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi itu adalah dalam keadaan baik dan yang dijaga dan dipelihara atau diperbaiki dari masa ke semasa.
Menentukan bahawa alat-alat yang dihasilkan atau diperolehi selaras dengan keperluan kurikulum dan kokurikulum.
Membuat perancangan supaya selaras dengan kehendak zaman berkaitan dengan perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Menyediakan alat pendua termasuk alat rakaman dan perkhidmatan mengikut keperluan.
Penyelengaraan Pusat Sumber Sekolah
Maklumat dan Penyimpanan
Katalog
Simpanan dan Penggunaan
Persekitaran pembelajaran
Perkembangan Terbaru/Terkini
Perkhidmatan Pengeluaran
Pengeluaran bahan untuk guru.
Penyelenggaraan Alat.
Perundingan Perkhidmatan Nasihat.
Perancangan Pusat Sumber Sekolah
Perancangan mengikut keperluan sekolah- Faktor yang perlu diambilkira
Lokasi dan fizikal sekolah
Keadaan murid
Keperluan kurikulum dan kokurikulum
Sumber kewangan
Kakitangan/ kepakaran
Koleksi bahan/alatan.
Jenis bahan PSS
Bahan-bahan bercetak.
Buku-buku fiksyen-Cerita rakyat, cerita rekaan berkaitan sejarah, sains, agama, keberanian, kesopanan, peradaban, pengambaran dll lagi.
Buku-buku bukan fiksyen – buku pengetahuan, buku pelajaran, kamus,atlas ensiklopedia dan buku yang dapat membuka fikiran murid spt seni, sukan, hobi, kraftangan dlll.
Bahan bercetak – majalah, risalah dan surat khabar.
Bahan-bahan bukan bercetak.
Ia terbahagi kpd 3 bahagian:
Perkakasan
Merujuk kepada bahan bukan tayang spt papan magnet, komputer mikro, transperensi dan lain-lain. Contohnya bahan tayangan iaitu OHP projector, projector slaid atau filem jalur. Bahan pendengaran pula terdiri daripada radio, radio kaset, pita kaset dan kad pembaca audio TV, VCR, projector filem dan projector dengan suara.
Bahan tiga dimensi
Merujuk kepada model-model atau bahan yang mempunyai dimensi (contohnya model kapalterbang, model rumah tradisi melayu model atom dsbnya) Ianya sesuai digunakan bagi membentuk konsep terhadap sesuatu yang sukar dipaparkan dalam bentuk ayat atau penerangan secara lisan.
Pusat Kegiatan Guru ( PKG )
PKG merupakan jalinan prasarana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal professional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.
Terdapat beberapa konsep yang ingin diketengahkan bagi PKG antaranya ialah:-
a)Konsep Institusi Pendidikan
Menerusi konsep ini, segala aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan bersifat setempat dan memungkinkan proses disentralisasi dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
b)Konsep budaya perkongsian
Melalui konsep ini, guru dapat membudayakan aktiviti perkongsian samada dalam kumpulan dalam memupuk kerjasama antara satu sama lain.
c)Konsep Pendemokrasian Pendidikan
Konsep ini jelas memberikan peluang kepada guru untuk mencipta atau memperbaiki amalan-amalan dalam bilik darjah. Ianya dapat membantu dalam memertabatkan profesion perguruan melalui penglibatan peribadi.
d)Konsep rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan
Konsep ini memberi satu wadah bagi pemusatan khidmat-khidmat setempat untuk guru-guru. Konsep rangkaian ini memperlihatkan jalinan perhubungan di antara PKG dengan PSS, Unit Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan dan Kementerian Pendidikan dan agensi lain secara berterusan.
Peranan Pusat Kegiatan Guru ( PKG )
PKG sebagai pusat kegiatan ikhtisas dan kurikulum
Selaras dengan langkah-langkah ke arah mengagihkan tugas pelaksanaan kurikulum kepada kumpulan-kumpulan ikhtisas di peringkat negeri, daerah dan kawasan, intitusi ini bertanggungjawab dengan rapi serta memilih kegiatan –kegiatan ikhtisas dan kurikulum yang berkaitrapat dengan keperluan guru dan sekolah di mana institusi tersebut berada.
Pada peringkat PKG pula guru dapat merancang dan membina bahan pengjaran dan pembelajaran serta menyertai sesi seminar, diskusi, kursus dan bengkel mengikut keperluan setempat. Melalui aktiviti ini guru dapat meluaskankan ikhtisasnya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran.
b)PKG sebagai pusat sumber
PKG sebagai pusat sumber beroperasi untuk faedah guru-guru setempat. Pusat ini bukan sahaja menyimpan buku-buku, bahan rujukan, bahan pandang dengar dan perkakas yang boleh digunakan segera atau dipinjam oleh guru tetapi bertindak sebagai agensi penyebar maklumat tentang perkembangan pendidikan setempat dalam dan luar negeri.
c)PKG sebagai pusat kegiatan social.
PKG menyediakan kemudahan-kemudahan berinteraksi untuk melaksanakan kegiatan sosial, kebudayaan, sukan, rekreasi, kesenian dan majlis kebajikan ahli masyarakat sekeliling. Melalui aktiviti sosial ini, PKG dapat membantu dalam membina semangat berpasukan, kesefahaman dan kekitaan dalam masyarakat guru setempat.
Peranan PKG dalam membantu penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan.
Sejarah ke arah penubuhan PKG bermula pada tahun 1979 apabila sebanyak 330 unit projector slaid dibekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai pusat sumber Tempatan. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di 4 Negeri dalam tahun 1982-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara dalam tahun 1986. Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dan luar Bandar. Tujuan asalnya adalah untuk menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.
Pusat Sumber Eletronik (PSE)
PSE merupakan suatu pusat media yang mana sumber maklumat boleh didapati secara capaian terus melalui media sebaran secara talian terus seperti CD-ROM, internet dan intranet dan sebagainya. Ianya menyimpan sumber maklumat yang disimpan secara digital dan boleh dicapai secara terus bila-bila masa, dimana-mana sahaja mengikut penetapan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang berkenaan.
Ciri-ciri PSE
Maklumat secara talian terus dapat dicapai bila-bila masa tanpa sempadan.
Sumber maklumat sentiasa terkini dan mudah untuk dikemaskini.
Mempunyai unsur-unsur interaktiviti dan tidak static seperti pusat sumber tradisional.
Mempunyai elemen-elemen multimedia bagi menarik minat pelajar dalam mempelajari sesuatu tajuk.
Elemen pencarian bagi memudahkan proses pencarian maklumat.
Mesra pengguna.
Mempunyai kawalan pengguna yang tinggi ke atas capaian kandungan, paparan dan kesukaran.
Maklumat yang tiada sempadan dan tidak terhingga.
Perbandingan di antara PSE dan PS Tradisional.
PSE mempunyai maklumat tanpa sempadan serta batasan berbanding PST yang mempunyai ruang tertentu dan terikat kepada kawasan dan tempat.
Maklumat yang terdapat dalam PSE boleh dicapai bila-bila masa dan di mana-mana sahaja manakala PSS terhad pada masa tertentu sahaja.
Maklumat bagi PSE mempunyai kawalan pengguna yang tinggi dalam mencapai isi kandungan dan sumber bahan manakala PSS mempunyai akses yang terhad sahaja.
Pencarian maklumat bagi PSE lebih mesra pengguna dan mudah berbanding PSS.
PSE menyediakan proses interaktiviti yang tinggi dalam mencapai sumber maklumat manakala PSS lebih bersifat statik dan maklumat hanya dapat di akses melalui proses yang memerlukan masa yang tinggi.
Kesimpulan
Perkembangan teknologi moden yang semakin pesat dan seolah-olah tiada batasan dan sempadan dalam penyaluran maklumat menyebabkan seringkali seseorang itu melupakan kaedah penyampaian maklumat secar tradisi. Peranan PSS dan juga PKG semakin dipinggirkan hasil ledakan teknologi maklumat berasaskan internet dan cakera padat. Namun demikian sewajarnya teknologi tradisi ini disuburkan penggunaan dan keupayaannya seiring dengan perkembangan teknologi moden seperti PSE dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesinambungan kaedah lama dan kaedah baru dalam penyebaran maklumat dapat menghasilkan suatu kualiti kerja yang lebih baik dan terpimpin.

Fotografi Dalam Pendidikan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN PUSAT SUMBER
OLEH: MOHAMAD B.ABDUL KARIM
TAJUK: FOTOGRAFI DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan
Gambar atau foto sebenar - alat visual yang efektif kerana dapat menvisualisasikan sesuatu perkara dengan lebih konkrit, realistik dan lebih tepat juga merupakan media penyampaian dan perkongsian maklumat yang utama.
Penghasilkan gambar foto memerlukan kemahiran dalam bidang fotografi seperti pengetahuan teknikal (penggunaan kamera & alatan sampingan) serta kaedah pengawalan dan penentuan spesifikasi kamera yang utama.
Kini telah dipermudahkan dengan penggunaan kamera digital ataupun kamera automatik.
Fotografi
Greek- Phos (cahaya), Graphein (tulis/lukis)
Umumnya- penghasilan imej oleh tindakan cahaya.

Cabang-cabang Fotografi
3 cabang penggunaan fotografi :-
Seni (Fine Art) - gabungan foto dengan (lukisan & alat-
alat seni). Pelik & abstrak kerana sukar difahami
maksudnya.
2) Komersial – potret, gambar kumpulan & pemandangan
dengan bantuan komputer dan perisian grafik.
Penterjemahan imaginasi ke alam realiti.
3) Fotografi Penggunaan (Applied Photography)
Bidang fotografi udara, perubatan,pendidikan
dokumentasi dsb.
Peralatan
Nilai dan harga bukan penentu kualiti sesuatu gambar
foto yang dihasilkan.

Kamera sebagai perantara untuk menyampaikan maklumat,
cahaya adalah bahasa fotografi, ton warna dan susunan
objek pula mempebgaruhi keberkesanan penyamapaian
iaitu mempunyai daya tarikan.

Peralatan asas adalah kamera dan filem.

Peralatan tambahan seperti lensa, kanta, penapis atau filter
dan sebagainya.
Kamera
Jenama kamera yang utama di pasaran antaranya ialah Nikon,
Canon, Pantex, Olympus dan sebagainya.

Ciri-ciri tersebut secara ringkasnya boleh dinyatakan seperti
yang berikut :
Nikon - Kelasakan
Canon - Kemodenannya
Mamiya - Penghasilan dalam Studio
Vivitar - Pilihan lensa yang pelbagai
Pantex - Kemurahannya
Leica - Kehalusan kanta
Olympus - Sentiasa tampil dengan teknologi
terkini
Jenis-jenis Kamera
Kamera dapat dikategorikan mengikut jenis berdasarkan
beberapa faktor utama seperti cara berfungsi dan sebagainya.
Antara jenis-jenis kamera yang utama ialah :

1) Pocket Camera (Kamera Kocek) –
2) a. Kamera SLR (single lense-reflect)
b. Kamera SLR format besar
3) Rangefinder (atau viewfinder)
4) Twin Lens Reflex ( Lensa Kembar)
5) View Kamera
6) Kamera Instant (Segera)
7) Kamera Digital
Pelarasan Kamera
Spesifikasi / aspek ternikal yang perlu diketahui oleh
seseorang jurufoto dalam pelarasan kamera antaranya :

1) Kanta atau Lensa (Lens)
2) Fokus
3) Pengawalan Dedahan (Exposure)
4) Bukaan Kanta (Aperture)
5) Kecepatan Pengatup Kanta (Shutter Speed)
6) Jarak Jelas (Depth of Field)

1.Lensa/Kanta
Merupakan salah satu komponen yang boleh digunakan
untuk melaras kamera agar mendapat ketepatan imej yang
diperlukan.

Jenis-jenis kanta :
Fish Eye Lens (16 mm dan ke atas)
Wide Angel Lens (20mm hingga 35mm)
Normal Lens (45mm hingga 55mm)
Short Telephoto Lens (75mm hingga 105mm)
Telephoto Lens (135mm hingga 500mm)
Mirror Lens (250mm hingga 2000mm)
Macro/Micro Lens (50mm hingga 55mm)
Perspective Control Lens (20mm hingga 35mm)
Zoom Lens (20 – 35mm, 35 – 70mm, 28 – 85mm, 28 –
105mm, 28 – 200mm, dll)
2.Fokus
Memfokus merupakan suatu proses menentukan ketepatan
sesuatu imej atau objek yang ingin dirakamkan.

Jarak Fokus
Ditentukan mengikut keupayaan sesuatu kanta / lensa
yang digunakan
b) Kanta normal lebih rendah jarak fokusnya berbanding dengan kanta telephoto (telephoto lens) atau kanta zoom.
c) Kanta wide angle lebih rendah jarak fokusnya daripada kanta normal.
Proses memfokus, istilah yang sering digunakan ialah :
Blur / kabur
Focus / jelas
Out of focus / tersasar dari fokus utama
Tak fokus / imej pecah
Pengawalan Dedahan (Exposure)
Menentukan banyak mananya cahaya yang akan dapat
sampai kepada filem.

Dua alat kawalan yang memainkan peranan utama dalam
menentukan dedahan (exposure) yang betul untuk satu-satu
kamera ialah SS (Shutter Speed) dan f. (aperture).

Penunjuk yang biasa digunakan di dalam meter cahaya ialah :
Warna (a) Hijau (Normal – cukup cahaya)
(b) Merah (Lebih atau kurang cahaya – bergantung
pada keadaan)

Tanda (a) + Lebih cahaya
(b) - Kurang cahaya
(c) o Normal (cukup cahaya)

The exposure is the amount of light received by the film or sensor and is determined by how wide you open the lens diaphragm (aperture) and by how long you keep the film or sensor exposed (shutterspeed). The effect an exposure has depends on the sensitivity of the film or sensor.
Bukaan Kanta (Aperture)
Mengawal kekuatan/darjah kecerahan memasuki kamera dan
juga mengawal jarak jelas (depth of field).

Berikut merupakan antara ciri-ciri utama aperture :
1) Alatan untuk mengawal cahaya dan terletak pada kanta
2) Bertanda nombor – berkadar songsang dengan bukaan
Kecil bukaan (Misalnya 32: luas kedalaman medan ‘high depth of field’)
Besar bukaan (Misalnya 1.4 : kurang @ sempit ‘shallow depth of field’.
3) Mempunyai pelaras seperti berikut : f/4, 5.6, 8, 11, 16, 22…. dan digelar nombor f / f stop
4)Bukaan aperture : ¼, 1/5.6, 1/8, 1,11…
5) Semakin besar nombor f, semakin kecil bukaan aperture.
Contoh : f/4 bersamaan ¼ , f/5.6 bersamaan 1/5.6

Pembukaan Kanta atau Saiz Aperture
Angka f merujuk kepada saiz aperture
Lebih besar f lebih kecil aperture
Kecepatan Pengatup Kanta (Shutter Speed)
Fungsi utama Pengatup Kanta atau shutter ialah :
a) Mengawal jangka masa cahaya memasuki kamera.
b) Mengawal pergerakan objek/subjek.
- Jika menggunakan kelajuan shutter perlahan, objek/subjek
seakan-akan bergerak (terapat calar-calar).

Ciri-ciri utama shutter adalah seperti berikut :
Shutter bertindak sebagai kelopak mata kamera.
b) 2 jenis shutter iaitu Shutter di dalam lensa atau shutter daun dan Shutter di dataran fokal (jenis mendatar dan menegak)
c) Pelaras kelajuan :B, 1, 2, 4, 8, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, 2000…
d) Kadar kecepatan pergerakan ½ saat, ¼ saat, 1/8 saat dsb.
e) Kelajuan shutter speed yang tinggi boleh membekukan keadaan. Misalnya kelajuan 1/250 dan ke atas.
Jarak Jelas (Depth of Field)
Merujuk kepada jarak di antara objek terdekat dengan objek
paling jauh di mana subjeknya berada di dalam jarak fokus.

Jarak jelas bergantung kepada aspek berikut :
Semakin besar nombor f (bukaan aperture kecil), semakin
luas jarakjelas.
b) Semakin jauh jarak sesuatu objek/subjek yang difokus,
semakin luas jarakjelas
c) Semakin besar jarak fokal lensa yang digunakan, semakin
sempit jarak jelas.
A larger aperture (smaller f-number, e.g. f/2) has a shallow depth of field. Anything behind or in front of the main focus point will appear blurred. A smaller aperture (larger f-number, e.g. f/11) has a greater depth of field. Objects within a certain range behind or in front of the main focus point will also appear sharp.
The depth of field determines how much of an image is in focus. For example, if you took a photo of someone with a mountain range in the background, and both the subject and the mountain range are in focus, you have deep or large depth of field.

If the subject is in focus but the mountains are blurred, you have shallow or small depth of field.

E.g. F16 gives deep depth of field and F2.8 gives shallow depth of field.
Komposisi
Proses pemilihan dan penyusunan subjek di dalam sesebuah
kawasan imej yang ingin dirakamkan.
Beberapa panduan utama di dalam menghasilkan komposisi
imej yang baik, iaitu :
Imej yang mempunyai kadar tumpuan dan minat yang
tinggi
Menggunakan panduan “Rule of Thirds”
Pilih sudut kamera yang terbaik
Bergerak lebih dekat dengan subjek
Menggunakan garisan bagi meningkatkan minat dan
kesatuan
Beri perhatian kepada latar belakang
Rakaman menerusi bingkai
Dapatkan gambar penuh aksi
Filem
Tempat imej dirakam dan disimpan sebelum dihasilkan
dalam bentuk cetakan

2 Kategori Filem :
Negatif – hitam putih dan berwarna (filem sebagai
rakaman sahaja)
b) Positif – gambar slaid (imej dirakamkan terus dan filem
ini juga merupakan slaid paparan)

Kelajuan Filem
Kadar kepekaan filem kepada cahaya, diwakili oleh
piawaian seperti ISO atau indeks dedahan (exposure indeks
*ei). Filem berkelajuan tinggi memerlukan cahaya yang
kurang berbanding filem berkelajuan rendah.
3 Piawaian Filem
ASA : American Standard Association
ISO : International Standard Organization
DIN : Deuth Industrie Norm

Ketiga-tiga piawaian di atas boleh dibahagikan:
Perlahan 12 32
Sederhana 62 100 125
Laju 200 400 800 1000 ……….6400

Jenama Filem
a) KODAK – warna semulajadi, tubuh badan manusia.
b) FUJI – gambar bercorak, pemandangan kehijauan
c) AGFA – suasana kebiruan
d) ILFORD
e) MITSUBUSHI
f) KONICA

Jenis Filem
Day Light Filem – sesuai di luar bilik (cahaya diperolehi
cukup). Dalam bilik, gunakan flash elak kesan gambar kuning (Yellowish Orange Cast)
Tungsten Filem - Dalam bilik tanpa gunakan flash.Di
luar kesan kebiruan pada gambar.

Pemilihan Filem
Jenis kamera
Hasil yang diingini
Jenama dan gred filem
Berapa banyak foto yang ingin dihasilkan
Kepantasan filem
Peranan Fotografi Dalam Pendidikan
Menyampaikan fakta dalam bentuk visual.
Kemudahan pengajaran (Convenience)
Stimulasi
Perkembangan kemahiran
Rekod
Persembahan istimewa (special presentation)

Penutup
Dalam pendidikan , fotografi bukanlah satu bidang untuk
golongan tertentu sahaja. Golongan pendidik mampu
terlibat di dalam menghasilkan gambar foto mereka sendiri
yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan dengan
sedikit usaha, pengetahuan dan kemahiran asas dalam
bidang fotografi.
(http://www.all-things-photography.com/digital-slr.html)

Satu Kajian: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

TAJUK: APAKAH PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA EPISOD PERTARUNGAN DIANTARA HANGTUAH DAN HANG JEBAT( HANG KASTURI). KAITKAN PERBINCANGAN ANDA DENGAN KONSEP PERJANJIAN ATAU WAADAT DIANTARA SANG SAPURBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN.
OLEH: MOHAMAD B.ABDUL KARIM
SEKOLAH PENDIDIKAN SAINS SOSIAL UMS
Waadat antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.
“ Jikalau anak patik Tuanku peristeri,necaya kedallah ia;tetapi jikalau Tuanku mahu berwaadat dengan patik,maka patik persembahkan anak patik kebawah Duli Yang Dipertuan.” Maka titah sang Sapurba,” Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Dengan permulaan dua dialog diatas,bermulalah satu ikatan perjanjian yang melahirkan konsep bersultan dan berhamba dalam masyarakat Melayu beraja. Khususnya konsep pemimpin dan pengikut dalam pengertian pemerintahan pada zaman ini.

Demang Lebar Daun memberi syarat untuk mempersembahkan anaknya sebagai isteri Sang Sapurba bahawa;”Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku.dan jika ia berdosa,sebesar-besar dosanya pun,janganlah difadhilatkan( dinista, dicela, dikeji)
dengan kata-kata yang jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh itupun jikalau berlaku pada hukum syarak.

Sang sapurba memberikan balas syaratnya;Akan pinta bapa itu hamba kabulkan,tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba”,..hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun. Demang Lebar Daun masih mahu memperkuatkan janji pada pihaknya dengan berkata,….Tetapi jukalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahnya. Sang Sapurba memberikan persetujuannya.

Sekiranya diperhalusi perjanjian ini,nyatalah ia mengikat kedua belah pihak,khususnya pihak Demang Lebar Daun ( hamba rakyat) kelonggaran untuk melakukan apa yang seharusnya tidak boleh dilakukan,iaitu durhaka,sekiranya pihak Sang Sapurba (raja/pemerintah)yang tidak mengikuti semangat perjanjian itu.

Demang Lebar Daun dan anak cucunya sedia mengikut titah raja dan memperhambakan diri (memberi khidmat) kepada raja,tetapi sekiranya ia membuat kesalahan,sebesar kesalahan,tidak harus diberi malu; dan kalau besar salahnya,boleh dihukum bunuh,itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak. Jelas permintaan Demang Lebar Daun supaya raja berlaku adil kepada hamba rakyat dan menghormati hamba rakyat dan dosa yang besar boleh dihukum bunuh iaitu suatu hukuman yang tertinggi.

Pihak Sang Sapurba meminta pula agar hamba rakyat tidak derhaka kepada raja,iaitu mengikut dan patuh kepada titah raja, walaupun pekerjaan raja itu zalim dan jahat. Syarat ini mengikat terus hamba rakyat daripada melakukan kesalahan dan menentang raja walaupun raja itu zalim dan jahat. Akan tetapi dengan pintarnya Demang Lebar Daun melonggarkan ikatan yang dikehendaki oleh Sang Sapurba itu dengan berkata”…Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkannya, maka anak cucu patik pun mengubahkannya.

Syarat balas Demang Lebar Daun itu amat luas maksudnya dan dapat melepaskan ikatan Sang Sapurba supaya hamba rakyat tidak durhaka kepada raja dengan bersyarat raja tidak melakukan kezaliman keatas rakyatnya. Zalim perbuatan dan zalim sikap serta kata-kata. Nyata disini, pihak hamba rakyat akan mengubah janji sekiranya raja lebih dahulu mengubah dan melanggar akan waadat itu. Seterusnya tiada pihak yang melanggar akan waadat itu, sama-sama akan menerima hukuman dan akibatnya sekiranya salah satu pihak mengubahkan akan perjanjian itu, maka dibalikkan Allah bumbungnya kebawah,kaki tiangnya keatas. Maka segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah tidak pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya jikalau jahat pekerti sekali pun serta aniaya. Dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka, memang banyak contoh perlanggaran perjanjian itu dan jelas akibatnya tertimpa kepada negeri.

PERLANGGARAN PERJANJIAN ( WAADAT)
Didalam Hikayat Hang Tuah,ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah..Pertarungan yang telah terjadi didalam istana sultan setelah Hang Jebat menawan istana sultan kerana memprotes tindakan sultan membunuh sahabatnya Hang Tuah. Ini telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan ketidak adilan sultan yang tanpa usul periksa telah memerintahkan bendahara agar membunuh Hang Tuah yang telah difitnah bermukah dengan dayang-dayang sultan. Kezaliman sultan Mahmud terhadap Hang Tuah. Akibatnya, Hang Jebat bangun memberontak terhadap sultan.

Namun demikian, Hang Jebat juga telah melanggar perjanjian itu. Sesungguhnya sejauhmana pun kezaliman sultan, Hang Jebat ( rakyat ) tidak seharusnya memberontak sehingga mencemar istana raja. Ini sangat mengaibkan kerana sultan adalah raja yang berdaulat.

Dalam zaman kesultanan Melaka, memang banyak contoh perlanggaran perjanjian itu dan jelas akibatnya tertimpa kepada negeri. Sultan Mahmud juga jelas banyak melakukan aniaya kezaliman kepada pembesarnya dan akibatnya Melaka akhirnya alah oleh feringgi.
Inilah akibat yang paling buruk daripada kesalahan-kesalahan yang amat besar dilakukan oleh sultan.

Konsep tidak mahu derhaka kepada raja jelas dipegang kuat oleh Bendahara Paduka Raja bila menegah anak buahnya melawan Raja Ahmad yang membunuh anak Bendahara sendiri bila bola sepak raga terkena ke dastar Raja Ahmad.
Bendahara seri Maharaja ( Tun Tahir Mutahir) juga rela mati dibunuh oleh sultan Mahmud Syah kerana perintah dan titah sultan tidak boleh dilalui.

NILAI MORAL YANG TERDAPAT DIEPISOD PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT ( HANG KASTURI).

Tindakan yang diambil oleh Hang Jebat itu ibarat menconteng arang kemuka sultan dan
walaupun niatnya untuk menegakkan keadilan tetapi telah melakukan penderhakaan besar. Kerana perintah dan segala arahan sultan ibarat daulat yang dijunjung oleh setiap rakyat dan rakyat perlu patuh pada perintah itu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kuasa sultan adalah mutlak pada masa itu. Semua kata-kata atau perintah yang dikeluarkan oleh sultan harus dituruti tanpa sebarang bangkangan daripada rakyat.

Disini saya juga ingin menyentuh sedikit hal yang berkaitan tentang persahabatan. Persahabatan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat amat mengagumkan. Nilai persahabatan amat mengharukan. Nilai keakraban tidak dapat dipertahankan untuk selamanya sehingga berlakunya pertarungan hidup mati. Persahabatan yang begitu kukuh telah hancur oleh ideologi masing-masing. Hang Tuah menganggap Hang Jebat adalah pesalah dan hukuman mati yang dititahkan sultan kepada Hang Jebat telah diterimanya.
Kematian ditangan sahabat sendiri mungkin memberi kesan kepada Hang Jebat kerana keadilan yang dituntutnya untuk sahabat dibalas dengan pertarungan untuk membunuhnya.

Dalam petikan ini juga menunjukkan ketaatan kepada raja (sultan ). Ini dapat dilihat apabila Hang Tuah diperintah untuk membunuh Hang Jebat. Jiwa Hang Tuah pada masa itu hanya ada ketaatan kepada sultan, Baginya perintah sultan adalah segala-galanya dan harus dituruti dan dilaksanakan seperti yang disuruh. Konsep tidak mahu derhaka kepada sultan dipegang kuat oleh Hang Tuah. Konsep derhaka ini juga dapat dilihat bahawa setiap orang yang derhaka akan menerima kesan dan akibat yang amat buruk. Derhaka kepada raja akan membawa kepada kemusnahan. Ini kerana raja mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan. Penderhakaan yang telah dibuat oleh Hang Jebat bukan sahaja mengundang kematian kepada dirinya, tetapi kesemua ahli keluarganya juga turut terlibat dan dikenakan hukuman mati.

Kedudukan sultan yang amat dipandang mulia oleh masyarakat terdahulu memang tidak boleh dipertikaikan. Segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan sultan akan memperolehi hukuman daripada sultan. Rakyat dibawah titah baginda harus menghormati sultan dan kedudukan sultan adalah mulia.

Tindakan yang sia-sia walaupun penderhakaan yang dibuat oleh Hang Jebat itu adalah untuk menegak keadilan tetapi beliau tetap bersalah dan sultan adalah betul. Cerita dalam hikayat Hang Tuah ini adalah hirarki kedudukan sultan adalah tinggi dan dihormati. Kedudukan sultan terus dipandang mulia sehingga hari ini dan rakyat seharusnya tidak melakukan perkara yamg mendatang kesalahan yang boleh mendatangkan kemurkaan dari sultan.

Dengan bijaknya pengarang Sejarah Melayu tidak menyebut akibat atau alamatnya atau tanda-tanda sekiranya ada anak Melayu yang derhaka atau yang memaling mukanya pada raja, ditegaskan negara akan binasa sekiranya raja membuat nista dan tidak adil pada hamba rakyat.

Senarai Rujukan:

1.A.Samad Said(2006)“Edisi Pelajar,Sulalatus Salatin( Sejarah Melayu)”.UM.Kuala Lumpur.

2.Badriyah Haji Salleh( 1996)”Alam Pensejarahan:Dari PelbagaiPerspektif” Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Ismail Ahmad,( 1990) ” Ulasan Sejarah Melayu “ Penerbit Fajar Bakti.

4.Rogayah A.Hamid ( 2006 )“Kesultanan Melayu“ Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Selasa, 8 September 2009

SEJARAH SOSIOEKONOMI TANAH MELAYU

SEJARAH SOSIOEKONOMI PENDUDUKAN TANAH MELAYU: SEBELUM DAN SEMASA PENJAJAH.

Oleh: Mohamad B.Abdul Karim

Sekolah Pendidikan Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

SOALAN:

DASAR DISKRIMINASI KAUM YANG DIAMALKAN OLEH JEPUN DITANAH MELAYU ANTARA TAHUN 1942-1945 DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK BERMULA SEJARAH KETEGANGAN KAUM DITANAH MELAYU SELEPAS TAMATNYA PERANG DUNIA KE2. BINCANGKAN?

PENGENALAN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula setelah meletus Perang Dunia Kedua.

Perang ini bermula di Eropah pada tahun 1939 dan merebak ke Asia Tenggara apabila Jepun menyerang Negara-negara di Asia Tenggara seperti China, Laos, Korea, Tanah Melayu, Singapura,Sabah dan Sarawak. Terdapat beberapa factor Jepun menyerang Asia Tenggara. Antaranya termasuklah;

a)keperluan terhadap bahan mentah dan pasaran industri.

b)keinginan Jepun untuk membebaskan Asia Tenggara daripada belenggu penjajahan

barat.

c)semangat perjuangan tentera Jepun.

Faktor Yang Mendorong Jepun Menyerang Asia Tenggara

1.Jepun mempunyai bilangan penduduk yang ramai.Hal ni mentebebkan kawasan petanian tidak mencukupi dan bahan galian pula tidak banyak. Jepun terpaksa mengasaskan ekonominya kepada bidang pembuatan dan pengeluaran barang. Pada akhir abad ke 19, Jepun muncul sebagai sebuah negara perindustrian.

2.Jepun amat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah,petrolium,bijih besi dan getah untuk membangunkan industrinya.Bahan-bahan ini boleh didapati di Asia Tenggara tetapi pada masa ini, negara-negara Asia Tnggara telah dijajah oleh Amerika Syarikat,Britain,Belanda dan Perancis. Britain dan Amerika syarikat telan mengenakan sekatan terhadap bahan mentah yang boleh dibeli oleh Jepun. Barang keperluan Jepun juga tidak boleh dipasarkan dengan bebas. Jepun terpaksa menyerang dan menakluki negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk memenuhi keperluan perindustrian.

3.Jepun juga mahu mewujudkan satu order baru iaitu Lingkungan Persemakmuran Besar Asia Timur. Order ini merupakan satu kawasan yang berpusat diJepun, China dan Manchuko serta mengandungi Mandated Island, Indo-China,Negara Thai,Tanah Melayu,Borneo,Hindia Timur Belanda,Australia dan New Zealand. Melalui program ekonomi ini,Jepun mahu mewujudkan kerjasama ekonomi negara-negara Asia Tenggara supaya menjadi pasaran luas bagi Jepun. Jepun terpaksa berbuat demikian kerana usaha untuk Jepun berdagang di rantau Asia Tenggara telah disekat oleh Britain dan Amerika Syarikat.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.

Tentera Jepun telah mendarat diTanah Melayu pada 8 Disember 1941. Dalam masa 70 hari sahaja, mereka telah berjaya menawan seluruh tanah Melayu. Singapura yang menjadi kubu pertahanan terakhir British berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.

Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera diTanah Melayu. Corak pentadbiran Jepun diTanah Melayu boleh dibahagikan kepada dua tahap perkembangan.

a) Mac 1942 hingga Jun 1943, sebahagian besar pentadbiran Jepun dikendalikan oleh Watanabe Wataro. Beliau seorang pemimpin tentera yang tegas.Dalam tempoh masa itu,corak pemerintahan Jepun ditanah Melayu keras dan zalim.

b)Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Makai Baru. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor. Gabenor menerima arahan daripada gebenor di Singapura Tanah Melayu dan Sumatera diletakkan di bawah satu pentadbiran. Tahun 1943, pentadbiran sumatera diasingkan daripada Tanah Melayu.

DASAR PEMERINTAHAN DISKRIMINASI JEPUN DITANAH MELAYU.

Dasar pemerintahan Jepun terhadap kaum-kaum diTanah Melayu berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum-kaum ini kepada Jepun.

Orang Melayu

Orang Melayu diperakui oleh pemerintah Jepun sebagai masyarakat bumiputera dan berhak keatas Tanah Melayu. Oleh itu, Jepun telah memberikan beberapa keistimewaan kepada orang melayu. Tujuannya ialah untuk ingin mendapat sokongan daripada orang melayu.

Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terutamanya golongan elit iaitu raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Ramai orang melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti pegawai daerah,polis dan tentera. Jawatan yang diberikan kepada orang melayu ini telah disandang oleh pegawai-pegawai british tetapi apabila perang meletus,mereka kembali ke England menyebabkan terdapat kekosongan. Oleh itu, orang melayu yang dirasakan layak telah diberikan jawatan tersebut.

Raja-raja melayu diiktiraf dan kedudukan dikekalkan. Pemerintah Jepun telah mengesahkan kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama islam, elaun raja-raja mestilah sama banyak seperti sebelum perang dan dibenarkan menyimpan harta. Layanan baik terhadap raja-raja melayu,ada kaitannya dengan rancangan Jepun untuk menawan India. Jepun bimbang jikalau raja-raja melayu tidak dilayan denga baik,tentunya maharaja-maharaja di india tidak akan menyokong Jepun apabila tentera Jepun menyerang India kerana bimbang kedudukan mereka terjejas seperti yang dialami oleh raja-raja melayu.

Sebenarnya,Jepun mempunyai agenda tersendiri kerana mengamalkan dasar pro-melayu iaitu untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan orang melayu, serta memastikan orang cina tidak berkerjasama dengan orang melayu untuk menentang Jepun.

Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro-melayu,orang melayu tetaptidak berpuas hati dengan pemerintahan jepun yang menganggap kejam dan zalim.

Mereka mengalami kebuluran, penderitaan dan ketakutan semasa zaman pendudukan jepun. Disebabkan kesusahan hidup ini, orang melayu benci dan bersikap ani-jepun.Perkara ini secara tidak langsung telah meningkatkan kesedaran politik mereka.

Orang Cina.

Pemerintah Jepun di Tanah Melayu sangat membenci orang Cina. Orang Cina dilayan paling buruk, ini disebabkan permusuhan orang Cina dan orang Jepun telah wujud sejak meletus Perang Chnia-Jepun pada tahun 1937. Apabila tentera Jepun mara ke Singapura, orang cina yang tinggal di Singapura telah membantu British mengangkat senjata menentang tentera Jepun.

Selepas British menyerah kalah, tentera Jepun telah membunuh banyak orang cina tanpa mempedulikan sama ada mereka bersalah atau tidak. Kekejaman tentera jepun terhadap orang cina berterusan selama tiga tahun setengah pemerintahannya.

Untuk mengelakkan diri daripada kekejaman tentera jepun, ramai orang cina telah melarikan diri dari bandar kekawasan pinggir hutan. Banyak orang cina telah menyertai gerakan anti Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA ) dan telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya ( PKM) untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orang cina. Pemerintahan Jepun mulai bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang cina dalam bidang ekonomi. Jepun mengalami masalah kekurangan makanan. Jepun memerlukan bantuan makanan daripada pedagang-pedagang cina dan kerjasama orang cina dalam bidang ekonomi.

Kekejaman tentera Jepun terhadap orang cina telah mengukuhkan lagi fahaman kebangsaan cina dan sentimen anti-Jepun.

Orang India

Orang India mendapat layanan yang agak baik semasa pendudukan Jepun tetapi mereka juga tidak terlepas daripada kesengseraan hidup akibat kekejaman tentera Jepun. Banyak pekerja-pekerja ladang bangsa India dipaksa bekerja dalam projek-projek Jepun sepeti membina landasan kereta api maut di Siam sehingga banyak nyawa yang terkorban.

Layanan yang agak baik diberikan terhadap kaum India kerana taraf negara India sebagai jajahan takluk British. Jepun memerlukan sokongan orang India untuk menghalau British dari India.

Untuk menarik sokongan orang India, Jepun telah membantu menubuhkan Liga Kemerdkaan Indiadan Tentera Nasional India ( INA). Selain itu, Jepun telah menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang dipimpin oleh Subha Chandra Bose.

Walaupun begitu, orang India di Tanah Melayu masih hidup menderita kerana kebuluran, ketakutan, tiada pekerjaan, diseksa dan menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun.

KESAN DISKRIMINASI KAUM JEPUN TERHADAP SOSIAL SELEPAS PERANG.

Permusuhan Antara Cina Dan Melayu.

Pendudukan Jepun menyebabkan permusuhan semakinmenebal antara orang Melayu dan orang Cina sehingga mencetuskan pergaduhan kaum yang serius selepas Jepun menyerah kalah. Orang Melayu memusuhi orang Cina kerana bekerjasama dengan British. Selain itu, dasar pro-Melayu oleh orang Jepun menyebabkan orang Cina berasa tidak puas hati dan marah terhadap orang Melayu. Orang Cina juga memusuhi orang Melayu kerana bekerjasama dengan Jepun. Jepun telah melahirkan sentimen perkauman di kalangan kaum Cina dan kaum Melayu.

Sentimen KeIndiaan orang India di Tanah Melayu bertambah kukuh. Jepun memperalatkan orang India dengan mengalihkan perasaan nasionalisme ke atas negara India dan bukan kepada perasaan semangat nasionalisme terhadap Tanah Melayu. Slogan “ Chao Delhi " atau Mara ke Delhi telah menaikkan semangat nasionalisme orang India terhadap negara asal mereka.

Tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.


Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.



Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.