MOHAMAD B. ABD KARIM

MOHAMAD B. ABD KARIM

Selasa, 8 September 2009

SEJARAH SOSIOEKONOMI TANAH MELAYU

SEJARAH SOSIOEKONOMI PENDUDUKAN TANAH MELAYU: SEBELUM DAN SEMASA PENJAJAH.

Oleh: Mohamad B.Abdul Karim

Sekolah Pendidikan Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

SOALAN:

DASAR DISKRIMINASI KAUM YANG DIAMALKAN OLEH JEPUN DITANAH MELAYU ANTARA TAHUN 1942-1945 DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK BERMULA SEJARAH KETEGANGAN KAUM DITANAH MELAYU SELEPAS TAMATNYA PERANG DUNIA KE2. BINCANGKAN?

PENGENALAN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula setelah meletus Perang Dunia Kedua.

Perang ini bermula di Eropah pada tahun 1939 dan merebak ke Asia Tenggara apabila Jepun menyerang Negara-negara di Asia Tenggara seperti China, Laos, Korea, Tanah Melayu, Singapura,Sabah dan Sarawak. Terdapat beberapa factor Jepun menyerang Asia Tenggara. Antaranya termasuklah;

a)keperluan terhadap bahan mentah dan pasaran industri.

b)keinginan Jepun untuk membebaskan Asia Tenggara daripada belenggu penjajahan

barat.

c)semangat perjuangan tentera Jepun.

Faktor Yang Mendorong Jepun Menyerang Asia Tenggara

1.Jepun mempunyai bilangan penduduk yang ramai.Hal ni mentebebkan kawasan petanian tidak mencukupi dan bahan galian pula tidak banyak. Jepun terpaksa mengasaskan ekonominya kepada bidang pembuatan dan pengeluaran barang. Pada akhir abad ke 19, Jepun muncul sebagai sebuah negara perindustrian.

2.Jepun amat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah,petrolium,bijih besi dan getah untuk membangunkan industrinya.Bahan-bahan ini boleh didapati di Asia Tenggara tetapi pada masa ini, negara-negara Asia Tnggara telah dijajah oleh Amerika Syarikat,Britain,Belanda dan Perancis. Britain dan Amerika syarikat telan mengenakan sekatan terhadap bahan mentah yang boleh dibeli oleh Jepun. Barang keperluan Jepun juga tidak boleh dipasarkan dengan bebas. Jepun terpaksa menyerang dan menakluki negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk memenuhi keperluan perindustrian.

3.Jepun juga mahu mewujudkan satu order baru iaitu Lingkungan Persemakmuran Besar Asia Timur. Order ini merupakan satu kawasan yang berpusat diJepun, China dan Manchuko serta mengandungi Mandated Island, Indo-China,Negara Thai,Tanah Melayu,Borneo,Hindia Timur Belanda,Australia dan New Zealand. Melalui program ekonomi ini,Jepun mahu mewujudkan kerjasama ekonomi negara-negara Asia Tenggara supaya menjadi pasaran luas bagi Jepun. Jepun terpaksa berbuat demikian kerana usaha untuk Jepun berdagang di rantau Asia Tenggara telah disekat oleh Britain dan Amerika Syarikat.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.

Tentera Jepun telah mendarat diTanah Melayu pada 8 Disember 1941. Dalam masa 70 hari sahaja, mereka telah berjaya menawan seluruh tanah Melayu. Singapura yang menjadi kubu pertahanan terakhir British berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.

Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera diTanah Melayu. Corak pentadbiran Jepun diTanah Melayu boleh dibahagikan kepada dua tahap perkembangan.

a) Mac 1942 hingga Jun 1943, sebahagian besar pentadbiran Jepun dikendalikan oleh Watanabe Wataro. Beliau seorang pemimpin tentera yang tegas.Dalam tempoh masa itu,corak pemerintahan Jepun ditanah Melayu keras dan zalim.

b)Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan Makai Baru. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor. Gabenor menerima arahan daripada gebenor di Singapura Tanah Melayu dan Sumatera diletakkan di bawah satu pentadbiran. Tahun 1943, pentadbiran sumatera diasingkan daripada Tanah Melayu.

DASAR PEMERINTAHAN DISKRIMINASI JEPUN DITANAH MELAYU.

Dasar pemerintahan Jepun terhadap kaum-kaum diTanah Melayu berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum-kaum ini kepada Jepun.

Orang Melayu

Orang Melayu diperakui oleh pemerintah Jepun sebagai masyarakat bumiputera dan berhak keatas Tanah Melayu. Oleh itu, Jepun telah memberikan beberapa keistimewaan kepada orang melayu. Tujuannya ialah untuk ingin mendapat sokongan daripada orang melayu.

Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terutamanya golongan elit iaitu raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Ramai orang melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti pegawai daerah,polis dan tentera. Jawatan yang diberikan kepada orang melayu ini telah disandang oleh pegawai-pegawai british tetapi apabila perang meletus,mereka kembali ke England menyebabkan terdapat kekosongan. Oleh itu, orang melayu yang dirasakan layak telah diberikan jawatan tersebut.

Raja-raja melayu diiktiraf dan kedudukan dikekalkan. Pemerintah Jepun telah mengesahkan kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama islam, elaun raja-raja mestilah sama banyak seperti sebelum perang dan dibenarkan menyimpan harta. Layanan baik terhadap raja-raja melayu,ada kaitannya dengan rancangan Jepun untuk menawan India. Jepun bimbang jikalau raja-raja melayu tidak dilayan denga baik,tentunya maharaja-maharaja di india tidak akan menyokong Jepun apabila tentera Jepun menyerang India kerana bimbang kedudukan mereka terjejas seperti yang dialami oleh raja-raja melayu.

Sebenarnya,Jepun mempunyai agenda tersendiri kerana mengamalkan dasar pro-melayu iaitu untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan orang melayu, serta memastikan orang cina tidak berkerjasama dengan orang melayu untuk menentang Jepun.

Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro-melayu,orang melayu tetaptidak berpuas hati dengan pemerintahan jepun yang menganggap kejam dan zalim.

Mereka mengalami kebuluran, penderitaan dan ketakutan semasa zaman pendudukan jepun. Disebabkan kesusahan hidup ini, orang melayu benci dan bersikap ani-jepun.Perkara ini secara tidak langsung telah meningkatkan kesedaran politik mereka.

Orang Cina.

Pemerintah Jepun di Tanah Melayu sangat membenci orang Cina. Orang Cina dilayan paling buruk, ini disebabkan permusuhan orang Cina dan orang Jepun telah wujud sejak meletus Perang Chnia-Jepun pada tahun 1937. Apabila tentera Jepun mara ke Singapura, orang cina yang tinggal di Singapura telah membantu British mengangkat senjata menentang tentera Jepun.

Selepas British menyerah kalah, tentera Jepun telah membunuh banyak orang cina tanpa mempedulikan sama ada mereka bersalah atau tidak. Kekejaman tentera jepun terhadap orang cina berterusan selama tiga tahun setengah pemerintahannya.

Untuk mengelakkan diri daripada kekejaman tentera jepun, ramai orang cina telah melarikan diri dari bandar kekawasan pinggir hutan. Banyak orang cina telah menyertai gerakan anti Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA ) dan telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya ( PKM) untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orang cina. Pemerintahan Jepun mulai bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang cina dalam bidang ekonomi. Jepun mengalami masalah kekurangan makanan. Jepun memerlukan bantuan makanan daripada pedagang-pedagang cina dan kerjasama orang cina dalam bidang ekonomi.

Kekejaman tentera Jepun terhadap orang cina telah mengukuhkan lagi fahaman kebangsaan cina dan sentimen anti-Jepun.

Orang India

Orang India mendapat layanan yang agak baik semasa pendudukan Jepun tetapi mereka juga tidak terlepas daripada kesengseraan hidup akibat kekejaman tentera Jepun. Banyak pekerja-pekerja ladang bangsa India dipaksa bekerja dalam projek-projek Jepun sepeti membina landasan kereta api maut di Siam sehingga banyak nyawa yang terkorban.

Layanan yang agak baik diberikan terhadap kaum India kerana taraf negara India sebagai jajahan takluk British. Jepun memerlukan sokongan orang India untuk menghalau British dari India.

Untuk menarik sokongan orang India, Jepun telah membantu menubuhkan Liga Kemerdkaan Indiadan Tentera Nasional India ( INA). Selain itu, Jepun telah menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang dipimpin oleh Subha Chandra Bose.

Walaupun begitu, orang India di Tanah Melayu masih hidup menderita kerana kebuluran, ketakutan, tiada pekerjaan, diseksa dan menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun.

KESAN DISKRIMINASI KAUM JEPUN TERHADAP SOSIAL SELEPAS PERANG.

Permusuhan Antara Cina Dan Melayu.

Pendudukan Jepun menyebabkan permusuhan semakinmenebal antara orang Melayu dan orang Cina sehingga mencetuskan pergaduhan kaum yang serius selepas Jepun menyerah kalah. Orang Melayu memusuhi orang Cina kerana bekerjasama dengan British. Selain itu, dasar pro-Melayu oleh orang Jepun menyebabkan orang Cina berasa tidak puas hati dan marah terhadap orang Melayu. Orang Cina juga memusuhi orang Melayu kerana bekerjasama dengan Jepun. Jepun telah melahirkan sentimen perkauman di kalangan kaum Cina dan kaum Melayu.

Sentimen KeIndiaan orang India di Tanah Melayu bertambah kukuh. Jepun memperalatkan orang India dengan mengalihkan perasaan nasionalisme ke atas negara India dan bukan kepada perasaan semangat nasionalisme terhadap Tanah Melayu. Slogan “ Chao Delhi " atau Mara ke Delhi telah menaikkan semangat nasionalisme orang India terhadap negara asal mereka.

Tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.


Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.



Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.